Followers

Friday, August 8, 2014

"perkongsian satu kisah hijrah"

 
first of all, saya nak share cerita yang saya amek dari twitter @notahijrah. boleh buat pedoman buat kita untuk berubah, nak berubah tak kira dekat mana pun asalkan kita ikhlas. ikhlas dalam bertaubat.
ok. ini ceritanya.
kisah ini mengenai "Aku"
Aku ni seperti remaja lain. Lelaki yg sibuk mencari apa itu keindahan dunia. Hidup aku sentiasa sibuk. Sibuk. Memang sibuk. Sibuk dengan dunia. Aku dilahirkan di bandar yang tak pernah kenal erti tidur.Siang malam tak berhenti dengan urusan dunia. Aku tak mahu ketinggalan, jadi aku pun mengambil ruang.Aku join banyak geng. Aku ada ramai member. Bila ada gaduh, aku turun padang. Backup memang terbaik lah.Bila geng pergi kelab, aku join. Arak? Jangan cerita lah. Semua benda aku dah cuba. Benda ni terbawa dari sekolah sampai aku masuk Universiti. Tu pun kira nasib baik parents aku mampu sumbatkan aku dekat swasta. Aku langsung tak ada minat nak belajar ataupun senang cerita aku tak peduli pun pasal masa depan aku. Apa yang aku tahu, mak ayah aku mampu tampung aku. Aku sering ponteng kelas sebab mesti aku terlajak tidur waktu pagi. Malam aku sibuk lepak dengan geng, enjoy sana sini. Kenal perempuan semua tapi aku tak pernah lagi rosakkan anak dara orang. Sejahat aku, aku ingat pesan mak aku. "Bayangkan ahli keluarga kamu sendiri kena macamtu." Masa aku tengah enjoy dekat kelab, mak aku telefon aku. Dalam hati aku, terdetik rasa tak sedap hati tapi aku buat tak tahu je. Sampai satu tahap, aku dah tak tahan. Berpuluh pulak misscall. Aku keluar untuk angkat call. "Assalamu'alaikum anak umi. Umi ada berita buruk. Abi kamu accident. Balik lah. Lawat umi dengan abi." "Lama kamu tak balik. Contact kami pun jarang. Bising bila tiada duit, bila dh dapat duit kamu diam. Baliklah. Abi nak jumpa kamu." "Umi takut abi tu hidup tak lama je. Balik lah. Assalamu'alaikum." Belum sempat aku balas, mak aku dah letak. Dalam kepala bercelaru. Fikirkan member, kalau balik diorang cakap apa. Fikirkan family, apa pulak semua cakap bila aku tak balik lawat ayah aku. Serabut. Aku ambil keputusan dengan luangkan masa dengan kawan, kemudian aku balik lah lawat ayah aku. Aku gerak balik rumah pukul 6 pagi. Rabak mata ni tak payah cakap. Mengantuk drive dengan tak tidur seharian. Sampai aku depan rumah , penuh kereta. Aku pelik lah sebab pagi pun dah ramai orang. Saat aku melangkah, aku tengok ayah aku dah terbaring kaku. Longgar kaki aku. "Mati dah ke abi aku?!" Terduduk aku di muka pintu tapi orang semua menutup hidung bila pandang aku, "Kuat sangat ke bau arak?" Aku dah tak peduli, lalu aku terus pergi untuk melihat wajah ayah aku buat kali terakhir. Tenang sungguh wajah dia. Subhanallah.. Selepas sudah semua, ayah aku diusung pergi masuk di dalam van jenazah. Sungguh aku tak sanggup melangkah kaki ke tanah perkuburan. Selepas tu, semua berubah. Mak aku terpaksa sara hidup kami adik beradik yang ramai. Hidup kami yang dulu mewah, menjadi susah. Sampai satu tahap, mak aku terlantar sakit kerana terpaksa menyara kami. Menyara aku! Rumah terpaksa kami gadai, kereta terpaksa kami jual. Peritnya hidup kami masa tu. Aku pulak, sebab tekanan , macam macam aku buat untuk lupakan semua masalah. Keluarga aku abaikan. Suatu hari, aku kena belasah teruk sebab tak mampu bayar hutang. Member? Semua tinggalkan aku. Aku kena belasah teruk. Sampai berjahit dekat kepala, patah bahu dan memang lunyai aku kena. Nak tahu siapa kutip aku masa aku terlantar di tepi jalan? Seorang pakcik yang duduk merempat. Dia habiskan duit dia mengemis untuk tolong aku. Sungguh hati aku terkesan dengan tindakan dia. Bila aku tanya kenapa tolong aku, dia akan jawab "Rezeki Allah tu luas. Kamu lagi memerlukan. Pakcik boleh mengemis lagi." Aku berlalu pergi tapi kemudian aku ditimpa satu lagi dugaan. Sedang aku berjalan, aku di pukul di kepala kerana dendam lama musuh aku. Aku koma. Ada darah beku dalam otak aku. Mesti korang ingat dalam drama je kan? Ni berlaku pada aku. Dalam aku koma, aku mimpi jumpa ayah aku. Dia berbaju putih dan aku berbaju hitam, lusuh dan busuk. Aku sendiri muntah bau. Ayah aku hulurkan tangan dia , mengajak aku untuk pergi ke arah dia. Tempat dia berdiri tu indah. Tak terbayang indahnya. Aku pulak dekat tempat gelap, busuk dan aku macam di ikat. Meronta aku untuk pergi menggapai tangan ayah aku. Aku menjerit tapi suara aku tak keluar. Lalu ayah aku pun beredar dengan muka yang sedih. Tetiba aku merasa panas, badan aku seakan terbakar. Kulit aku macam di kiat. Sakitnya tak terkira. Aku menangis tapi tiada siapa dengar. Sepanjang aku koma, tu lah aku rasa sampai aku sedar. Dekat 5 bulan aku terlantar. Bila aku bangun, tiada siapa dekat sisi aku. Aku bangun, berlari ke tandas nak tengok kulit aku. Ada kesan terbakar ke tak. Aku menangis, lalu aku mengambil keputusan untuk berubah. Cliche kan? Tapi semua manusia berhak berubah, Aku yang dulu kaki kelab, sekarang jadi gangter lagi besar. Kaki masjid. Aku sambung pelajaran aku. Rezki aku ada biasiswa. Aku sara keluarga aku dengan bekerja pada malam hari. Kehidupan kami kembali seperti dulu. Bahagia, cuma tiada ayah di sisi. Selepas solat, aku terlelap dan aku bermimpi ayah memelukku sambil menangis. Cuba teka? Aku kat tmpt indah yg ayah aku berdiri dulu. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Hidayah itu milik Nya. Syukur Allah keluarkan aku dari zaman kegelapan aku. Allah berikan aku peluang untuk berubah. Semoga Dia tak campak aku kembali kepada diri aku yang dulu. Nasihat untuk semua, jangan tinggalkan solat. Majlis ilmu. Tu bekal kita, perisai untuk halang kita dari buat maksiat. Cerita ni untuk pedoman semua. Jangan ikut jejak aku. Nasib baik tak mati, kalau mati tu, tak sempat taubat. Ambil langkah untuk berubah. Biarlah member ckp apa, sbb Allah tu lagi penting.
Tammat. 
Alhamdulillah, syukran sudi membaca. Kisah "Aku".

~serba sikit perkongsian buat semua~